Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Clippings
Digicert Pastikan Pengguna E-filing Terus Dilindungi
Press Clippings
Media & Events
Digicert Pastikan Pengguna E-filing Terus Dilindungi
24 Apr 2015, bernama
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Pembayar cukai akan terus menikmati perkhidmatan e-Filing yang dijamin selamat, lancar dan cekap hasil daripada Penggunaan Prasarana Kekunci Awam (PKA).
PKA merupakan hasil usaha Digicert iaitu Pihak Berkuasa Pemerakuan berlesen, yang juga anak syarikat milik penuh Pos Malaysia Berhad dan telah menyediakan prasarana itu sejak 2006.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata PKA menyokong pengagihan dan pengenalpastian kekunci enkripsi awam.
"Ia membolehkan pengguna dan komputer memastikan penukaran data melalui rangkaian seperti internet adalah selamat dan pengesahan identiti pihak yang satu lagi dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebagai sebuah organisasi dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Digicert turut berperanan dalam menguruskan kitaran hayat PKA dan sijil digital untuk pelanggan.
Azlan berkata syarikat itu turut membantu SKMM memastikan Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998 di negara ini dipatuhi.
"Sehingga kini, jumlah terkumpul sijil digital yang telah dihasilkan untuk e-Filing mencapai enam juta unit dan merupakan penggunaan sijil digital tertinggi di negara ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata semua Pihak Berkuasa Pemerakuan berlesen diwajibkan mematuhi piawaian antarabangsa audit Webtrust dalam tempoh tiga tahun lepas sebagai satu usaha memodenkan Prasarana Kekunci Awam Negara.
"Usaha itu juga adalah untuk mewujudkan persekitaran ekosistem digital yang boleh dipercayai bagi kerajaan, perniagaan dan masyarakat," katanya.
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow