Media & Events

SKMM anjur D3

13 Aug 2014, Harian Metro

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Media Prima Digital mempelawa pereka, pemba­ngun aplikasi, usahawan dan perseorangan kreatif me­nyertai acara D3.

Ketua Pegawai Pembangunan Industri SKMM, Datuk Mohd Ali Hanafiah berkata, buat julung kali­nya, penyelesaian dan aplikasi yang inovatif dikhaskan untuk pengguna luar bandar di bawah kategori komuniti yang terhubung. 

Beliau berkata, matlamat SKMM untuk merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. 

“Kami akan memilih idea paling berinspirasi, merealisasikannya dan melaksanakannya dalam projek jalur lebar komuniti kami,” kata­nya.

Acara D3 akan berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos ini di Wakalab, Media Prima Digital, Jalan Riong, Bangsar.

D3 adalah landasan terbaik untuk mereka yang berminat dalam memba­ngunkan aplikasi digital untuk pelbagai penyelesaian inovatif serta membawa dimensi baru dalam industri media tanah air. 

Hadiah keseluruhan lebih RM60,000 serta bantuan dermasiswa oleh SKMM menanti bakal pemenang. Tambah menarik, D3 turut menawarkan peluang kerjasama membangunkan aplikasi digital baru bersama SKMM dan Media Prima Digital.

Share this article
Follow