MENGENAI PERSIDANGAN INI

Ditubuhkan pada 2007 dengan misi untuk memartabatkan komuniti setempat menerusi peningkatan capaian Internet dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tekad memperkasakan komuniti B40 melalui program ICT, keusahawanan dan program-program multimedia. Sebagai mengiktiraf kepentingan pendigitalan yang semakin signifikan, PEDi menawarkan latihan keusahawanan digital sebagai batu loncatan dalam mempercepat ekonomi digital. MCMC telah mewujudkan sejumlah 911 PEDi di seluruh negara dan susulan daripada inisiatif 1 DUN 1 PEDi, terdapat 186 pedi yang bakal ditubuhkan menjelang akhir suku kedua 2024.

Bagi mengiktiraf peranan penting PEDi dalam komuniti, Persidangan PEDi pada 29 November ini akan menghimpunkan barisan pengurus dan para usahawan daripada seluruh pelosok negara. Mereka akan berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka selain menonjolkan kisah kejayaan pusat-pusat berkenaan. Acara bersejarah ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang akan menyaksikan persidangan yang julung kali diadakan ini memberi pengiktirafan kepada PEDi sejak penubuhannya.

TARIKH & WAKTU 29 November 2023 (Rabu)
9:00 pagi - 6:00 petang

TEMPAT Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya

Ahli Panel 18 Ahli Panel





PERSIDANGAN PEDi 2023

29 NOVEMBER 2023 (RABU)
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

AGENDA

  • Atur Cara
  • Master Class & Pocket Talk
  • Sesi Perkongsian 1
  • Sesi Perkongsian 2
  • Sesi Perkongsian 3
  • Atur Cara

    9:00 pagi- 9:15 pagi

    Pendaftaran dan sarapan pagi

    Pameran / Aktiviti reruai

    09:15 pagi- 09:45 pagi Pengenalan: PEDi Pemangkin Perubahan
    09:45 pagi - 10:15 pagi Master Class:

    Encik Azlee bin Okee,
    Pengurus PEDi Taman Sri Rugading

    10:15 pagi- 10:45 pagi Laporan Interim Kajian Impak PEDi oleh Merdeka Center
    10:45 pagi - 11:00 pagi Rehat
    11:00 pagi - 12:00 tengah hari Sesi Perkongsian 1 :
    Pembangunan Keusahawanan
    12:00 tengah hari - 1:00 tengah hari Sesi Perkongsian 2:
    Penciptaan Peluang Pekerjaan dan Peningkatan Kemahiran
    1:00 tengah hari - 2:00 petang Rehat & makan tengah hari
    2:00 petang - 2:30 petang Majlis Pertukaran MoU Komuniti Pintar (MCMC-FELDA) di reruai MCMC
    2:30 petang - 4:30 petang Majlis perasmian oleh:
    YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri
    4:30 petang - 5:00 petang Pocket Talk:

    Kisah Kejayaan E-Kelas
    Encik Mohamad Amirul Azwan bin Rusli
    PEDi Gong Kulim, Kelantan

    5:00 petang - 5:45 petang Sesi Perkongsian 3:
    Pemerkasaan Sosial Melalui Pendigitalan PEDi
    5:45 petang - 6:00 petang Majlis Perasmian Penutup Persidangan PEDi 2023
    6:00 petang Program tamat
  • Master Class & Pocket Talk
    Panel 1: Master Class
    Image Description

    Encik Azlee bin Okee
    Pengurus, PEDi PPR Taman Sri Rugading

    Panel 2: Pocket Talk: Kisah Kejayaan E-Kelas
    Image Description

    En. Mohamad Amirul Azwan bin Rusli
    Ahli PEDi PEDi Gong Kulim, Kelantan

  • Sesi Perkongsian 1 : Pembangunan Keusahawanan
    11:00 pagi
    Moderator
    Image Description

    Tuan Hj. Bukhari Yahya
    Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri,
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

    Merupakan seorang jurutera melalui latihan dan memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman bekerja dalam sektor telekomunikasi dan ICT. Mula menyertai Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei 2004 dan terlibat di dalam projek-projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat untuk menyediakan ketersambungan digital di kawasan luar bandar di Malaysia agar dapat membantu melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pelbagai teknologi untuk merapatkan jurang digital. Beliau banyak terlibat dengan pelaksanaan projek utama pembangunan infrastruktur digital seperti projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB, HSBB2 dan SUBB), Sistem Kabel Dasar Laut (SKRIM) dan JENDELA. Kini, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengoptimumkan peranan Pejabat Negeri MCMC di seluruh negara.

    Panel 1: Platform e-dagang pemangkin dan cabaran usahawan PMKS
    Image Description

    Encik Kenneth Soh
    Ketua Pemasaran,
    Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd.

    En. Kenneth adalah Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, di mana beliau mengetuai pelaksanaan strategi pemasaran dan penjenamaan untuk memacu pengalaman membeli-belah yang menarik di dalam dan di luar aplikasi Shopee. Beliau telah berkhidmat di Shopee selama 4 tahun, sebelum ini sebagai Ketua Pasukan Pemasaran Kempen, Permainan dan Dalam Talian, dan juga sebagai Ketua Shopee Mall Malaysia.

    Panel 2: Pembangunan usahawan PKMS di era digital dan sosial media
    Image Description

    Cik Nur Azre binti Abdul Aziz
    Pengurus Kanan, Program & Perkongsian Strategik,
    TikTok Shop Malaysia

    Cik Nur Azre mengetuai pasukan Acquisition, Events and Partnerships bagi TikTok Shop Malaysia di mana beliau dan pasukan menyokong inisiatif bersama agensi kerajaan, persatuan dan syarikat swasta bagi mengembangkan prestasi jualan IKS melalui kempen luar dan atas talian. Program ini adalah untuk memberikan lebih promosi kepada produk tempatan.Beliau juga merupakan usahawanita dan telah mewakili Malaysia dalam beberapa pertandingan antarabangsa dan pada 2019, Total Energies telah memberi anugerah Usahawanita Terbaik.

    Panel 3: Inisiatif pemasaran secara digital serta global produk keluaran PMKS
    Image Description

    Puan Hasziah Mohd Yazid
    Timbalan Pengarah, Seksyen Perdagangan Digital,
    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

    Pn. Hasziah memulakan kerjaya awalnya di sektor minyak dan gas sebelum menyertai MATRADE 2 tahun lalu. Diantara tugasan beliau sebelum ini adalah Pengurus Kanan Seksyen, China dan Utara Asia (CNEA), Pengurus Kanan Seksyen, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika (CWSAA) dan Timbalan Pengarah Seksyen, Gaya Hidup dan Saintifik (LLS). Beliau kini menggalas tanggungjawab dalam pemajuan agenda digital sebagai Timbalan Pengarah, Seksyen Perdagangan Digital MATRADE.

    Panel 4: Pembiayaan serta cabaran pengembangan perniagaan PMKS
    Image Description

    Encik M. Nasiruddin bin Samad
    Pegawai Eksekutif Pembangunan Usahawan,
    TEKUN Nasional

    En. Nasiruddin Samad merupakan Pegawai Eksekutif Pembangunan Usahawan TEKUN, Negeri Selangor dengan pengalaman kerja 20 tahun. Beliau merupakan Biz kaunselor (Busines Fasilitator Training Program INSKEN), HDO (Halal Development Officer) & Train The Trainer (Institut  Keusahawanan TEKUN Nasional.

    Panel 5: Memperkasakan Potensi Perniagaan di PUDO@PEDi
    Image Description

    Encik Teong Teck Lean
    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GDEX,
    GD Express Sdn. Bhd.

    En. Teong merupakan seorang usahawan yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk kejuruteraan, pedagangan saham dan logistik. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif GD Express (GDEX), penyedia perkhidmatan penghantaran ekspress yang terkemuka di rantau Asia Tenggara. Beliau telah berjaya mentransformasikan GDEX sebagai syarikat multinasional tempatan sejak diambilalih pada tahun 2000. En. Teong juga merupakan Presiden bagi Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC).

    11:45 pagi Sesi soal jawab dan rumusan
  • Sesi Perkongsian 2: Penciptaan Peluang Pekerjaan dan Peningkatan Kemahiran
    12:00 tengah hari
    Moderator
    Image Description

    Encik Syed Aswad Syed Izaddin
    Ketua Bahagian Ketersediaan Digital MSME dan Industri,
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

    En. Aswad merupakan Ketua Bahagian Ketersediaan Digital MSME dan Industri di MCMC, di mana beliau memimpin perancangan dan strategi untuk memacu pendigitalan serta pemantapan MSME melalui ketersediaan merentas sektor dalam pembangunan dan peningkatan kapasiti, literasi, serta penerimagunaan digital dalam industri. Beliau turut mempunyai pengalaman lebih daripada 16 tahun dalam bidang komunikasi dan strategi. Hasil kerjaya beliau termasuk sumbangan kepada MICPA, Yayasan Peneraju, Time dotCom Berhad, PETRONAS, dan PNB.

    Panel 1: Global Online Workforce (GLOW) – Jana Pendapatan Sebagai Freelancer Digital
    Image Description

    Puan Nurzuhairah binti Abd Wahid
    Pengurus Glow, Talent and Capability Department, Digital Enabler Division,
    Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

    Pn. Nurzuhairah merupakan graduan UKM dalam bidang komputer robotik, pernah bekerja di syarikat MultiNasional seperti AMD dan Accenture dan syarikat lokal gergasi Silverlake dalam urus tadbir projek berkaitan IT sebelum menyertai MDEC. Berpengalaman dalam mengurus tadbir program rakyat seperti eDagang dan eRezeki lebih dari 10 tahun.

    Panel 2: Kemahiran Microsoft Untuk Kebolehpasaran Pekerjaan
    Image Description

    Puan Adilah binti Junid
    Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang dan Kerajaan,
    Microsoft Malaysia

    Pn. Adilah mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun termasuk pengurusan perubahan di Khazanah Nasional Berhad dan MyDIGITAL Corporation, hal ehwal kawal selia di Axiata Digital Services serta pengalaman perundangan di Wong & Partners, dan Bank Negara Malaysia. Beliau memiliki LL.M. (Legum Magister) dari Columbia University School of Law, New York, dan BA dalam Jurisprudence dari Oxford University, United Kingdom.

    Panel 3: Program Pembangunan Kemahiran Digital dan Ketersediaan Pekerjaan Kepada Komuniti
    Image Description

    Puan Ruby Kaur
    Pengarah Urusan,
    Trainocate Malaysia – Rakan Kongsi Pembelajaran Google

    Pn. Ruby merupakan Pengarah Urusan Trainocate Malaysia, sebuah Pusat Latihan Sah untuk syarikat teknologi terkemuka seperti Alibaba Cloud, AWS, Cisco, IBM, Google Cloud, Microsoft, NetApp, Nutanix, Oracle, Red Hat, VMWare dan lain-lain. Dengan lebih dua dekad pengalaman berkhidmat kepada pemain IT utama seperti Mesiniaga, IBM, Oracle dan Global Knowledge, beliau menubuhkan Trainocate sebagai penyedia latihan IT terkemuka di Malaysia lantaran semangatnya tentang pembelajaran sepanjang hayat. Beliau juga percaya bahawa pensijilan kerjaya IT adalah faktor penentu untuk membantu kemajuan kerjaya rakyat Malaysia.

    Panel 4: PEDi Sebagai Pusat Satelit MyFutureJobs
    Image Description

    Encik Ahmad Farid bin Ahmad Rizal
    Recruitment Specialist (Pengurus Kes),
    Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

    En. Ahmad Farid berkhidmat sebagai Recruitment Specialist (Pengurus Kes) di Pertubuhan Keselamatan Sosial yang menggalas tugas mengetuai Talent Acquisition dengan misi untuk merevolusikan pasaran buruh di Malaysia melalui MYFutureJobs. Berpengalaman dalam bidang sumber manusia khususnya untuk penrekutan Kebolehpasaran Graduan dan Sektor Pembuatan selama beberapa tahun.  Menerima pendidikan dari Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Psikologi.

    12:45 tengah hari - 1:00 petang Sesi soal jawab dan rumusan
    1:00 petang Rehat
  • Sesi Perkongsian 3 : Pemerkasaan Sosial melalui Pendigitalan PEDi
    5:00 petang
    Moderator
    Image Description

    Encik Abdullah Sani Mohamed
    Ketua Bahagian Keperluan Digital Mendatang,
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

    En. Abdullah Sani Mohamed adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang Transformasi Digital, Pembangunan Korporat, dan Perkhidmatan Teknologi, kini berkhidmat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memimpin agenda Pengadaptasian Digital Suruhanjaya. Beliau turut mempunyai kemahiran dengan asas yang kukuh dalam Perancangan Strategik, Pengurusan Projek, Pengurusan Program, Pengurusan Portofolio, dan Pembangunan Keusahawanan. Kecekapan dan kebijaksanaan beliau dalam bidang digital, perniagaan, dan strategi menjadikan beliau satu aset yang berharga demi memacu inisiatif ke arah kejayaan.

    Panel 1: Transaksi Tanpa Tunai Merancakkan Industri Kecil dan Sederhana
    Image Description

    Encik Firdaus bin Ghani
    Pengarah Kanan Bahagian Pendigitalan Kerajaan,
    Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)

    En. Firdaus merupakan Pengarah Bahagian Libat Urus Pihak Berkepentingan dan Pengarah Bahagian Kewangan dan Pentadbiran. Beliau bertanggungjawab ke atas jalinan kerjasama dan usahasama antara PayNet dan pihak kementerian, kerajaan negeri serta agensi-agensi kerajaan dalam memangkinkan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di sektor awam. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 21 tahun dalam bidang perakaunan, percukaian, audit, perbendaharaan, dan pengurusan fasiliti.

    Panel 2: Inisiatif Kesihatan Digital Merevolusikan Kesihatan / Pemangkin Keberkesanan Perkhidmatan Perubatan
    Image Description

    Encik Zainal Abidin Shariff
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
    ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

    En. Zainal Abidin mempunyai pengalaman sebanyak 32 tahun dalam pengurusan korporat merentasi pelbagai industri. Beliau memiliki Ijazah Master dalam Kewangan dari Universiti RMIT, Australia, yang diperolehnya pada tahun 2006 dan telah menamatkan profesional Certified Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada tahun 1990. Selain pengalaman pengurusan korporat dan operasi yang meluas, beliau juga sangat mahir dalam kewangan korporat, perancangan strategik, pengurusan prestasi, dan transformasi.

    Panel 3: E-Pembelajaran
    Image Description

    Puan Norlaili binti Mohamad
    Senior Specialist dan CSR Team Lead,
    Maxis Berhad

    Pn. Norlaili menerajui eKelas, program CSR utama Maxis dan bertanggungjawab menguruskan sumbangan kemasyarakatan dan inisiatif tindak balas bencana Maxis. Beliau telah memegang pelbagai peranan sepanjang pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam PR dan komunikasi, menyusun strategi dan melaksanakan program komuniti Syarikat, serta menghasilkan laporan tahunan yang mampan dan bersepadu. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) dari Monash University, Melbourne, Australia.

    Panel 4: Pertanian Pintar (Smart Agriculture)
    Image Description

    Puan Riri Yanti Razali
    Pengurus Kerjasama & Perhubungan Korporat,
    Fefifo Malaysia Sdn Bhd

    Pn. Riri Yanti memulai kerjayanya di Natseven TV Sdn Bhd (nvt7) pada tahun 2002 sebagai Pengurus Pemasaran & Jenama dan meneruskan di dalam bidang yang sama di Tourism Celcom Axiata Berhad dan Lembaga Tabung Haji sebelum menjadi pengasas Young Khalifah pada 2012. Pada 2022, beliau telah menyertai Fefifo Malaysia Sdn Bhd sebagai Pengurus Kerjasama & Perhubungan Korporat sehingga kini. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda di University of Salford Manchester,United Kingdom dalam bidang Teknologi Maklumat.

    5:30 petang - 5:45 petang Sesi soal jawab dan rumusan
    5:45 petang - 6:00 petang Majlis perasmian penutupan Persidangan PEDi 2023
    6:00 petang Program tamat

AHLI PANEL

Master Class & Pocket Talk

Encik Azlee bin Okee Pengurus, PEDi PPR Taman Sri Rugading
Panel 1: Master Class

En. Mohamad Amirul Azwan Ahli PEDi, PEDi Gong Kulim, Kelantan
Panel 2: Pocket Talk: Kisah Kejayaan E-Kelas

Sesi Perkongsian 1 : Pembangunan Keusahawanan

Tuan Hj. Bukhari Yahya Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, MCMC
Moderator: Pembangunan
Keusahawanan

Encik Kenneth Soh Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd.
Panel 1 : Platform e-dagang pemangkin dan cabaran usahawan PMKS



Kenneth adalah Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, di mana beliau mengetuai pelaksanaan strategi pemasaran dan penjenamaan untuk memacu pengalaman membeli-belah yang menarik di dalam dan di luar aplikasi Shopee. Beliau telah berkhidmat di Shopee selama 4 tahun, sebelum ini sebagai Ketua Pasukan Pemasaran Kempen, Permainan dan Dalam Talian, dan juga sebagai Ketua Shopee Mall Malaysia.

Cik Nur Azre binti Abdul Aziz TikTok Shop Malaysia
Panel 2 : Pembangunan usahawan PKMS di era digital dan sosial media

Cik Nur Azre mengetuai pasukan Acquisition, Events and Partnerships bagi TikTok Shop Malaysia di mana beliau dan pasukan menyokong inisiatif bersama agensi kerajaan, persatuan dan syarikat swasta bagi mengembangkan prestasi jualan IKS melalui kempen luar dan atas talian. Program ini adalah untuk memberikan lebih promosi kepada produk tempatan.Beliau juga merupakan usahawanita dan telah mewakili Malaysia dalam beberapa pertandingan antarabangsa dan pada 2019, Total Energies telah memberi anugerah Usahawanita Terbaik.

Puan Hasziah Mohd Yazid​ MATRADE
Panel 3 : Inisiatif pemasaran secara digital serta global produk keluaran PMKS

Pn. Hasziah memulakan kerjaya awalnya di sektor minyak dan gas sebelum menyertai MATRADE 2 tahun lalu. Diantara tugasan beliau sebelum ini adalah Pengurus Kanan Seksyen, China dan Utara Asia (CNEA), Pengurus Kanan Seksyen, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika (CWSAA) dan Timbalan Pengarah Seksyen, Gaya Hidup dan Saintifik (LLS). Beliau kini menggalas tanggungjawab dalam pemajuan agenda digital sebagai Timbalan Pengarah, Seksyen Perdagangan Digital MATRADE. ​

Encik M. Nasiruddin bin Samad TEKUN Nasional
Panel 4 : Pembiayaan serta cabaran pengembangan perniagaan PMKS



En. Nasiruddin Samad merupakan Pegawai Eksekutif Pembangunan Usahawan TEKUN, Negeri Selangor dengan pengalaman kerja  20 tahun. Beliau merupakan Biz kaunselor (Busines Fasilitator Training Program INSKEN), HDO (Halal Development Officer) & Train The Trainer (Institut  Keusahawanan TEKUN Nasional. ​

Encik Teong Teck Lean GD Express Sdn Bhd
Panel 5 : Memperkasakan Potensi Perniagaan di PUDO@PEDi


Mr. Teong merupakan seorang usahawan yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk kejuruteraan, pedagangan saham dan logistik. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif GD Express(GDEX), penyedia perkhidmatan penghantaran ekspress yang terkemuka di rantau Asia Tenggara. Beliau telah berjaya mentransformasikan GDEX sebagai syarikat multinasional tempatan sejak diambilalih pada tahun 2000. Mr. Teong juga merupakan Presiden bagi Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC). ​

Sesi Perkongsian 2: Penciptaan Peluang Pekerjaan dan Peningkatan Kemahiran

Encik Syed Aswad Syed Izaddin Ketua Bahagian Ketersediaan Digital MSME dan Industri, MCMC
Moderator : Penciptaan Peluang Pekerjaan dan Peningkatan Kemahiran

Puan Nurzuhairah binti Abd Wahid MDEC
Panel 1: Global Online Workforce (GLOW) – Jana Pendapatan Sebagai Freelancer Digital


Pn. Nurzuhairah merupakan graduan UKM dalam bidang komputer robotik, pernah bekerja di syarikat MultiNasional seperti AMD dan Accenture dan syarikat lokal gergasi Silverlake dalam urus tadbir projek berkaitan IT sebelum menyertai MDEC. Berpengalaman dalam mengurus tadbir program rakyat seperti eDagang dan eRezeki lebih dari 10 tahun. ​

Puan Adilah Junid Microsoft Malaysia
Panel 2: Kemahiran Microsoft Untuk Kebolehpasaran Pekerjaan


Pn. Adilah mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun termasuk pengurusan perubahan di Khazanah Nasional Berhad dan MyDIGITAL Corporation, hal ehwal kawal selia di Axiata Digital Services serta pengalaman perundangan di Wong & Partners, dan Bank Negara Malaysia. Beliau memiliki LL.M. (Legum Magister) dari Columbia University School of Law, New York, dan BA dalam Jurisprudence dari Oxford University, United Kingdom. ​

Puan Ruby Kaur Google Malaysia / Trainocate Malaysia
Panel 3: Program Pembangunan Kemahiran Digital dan Ketersediaan Pekerjaan Kepada Komuniti

Pn. Ruby merupakan Pengarah Urusan Trainocate Malaysia, sebuah Pusat Latihan Sah untuk syarikat teknologi terkemuka seperti Alibaba Cloud, AWS, Cisco, IBM, Google Cloud, Microsoft, NetApp, Nutanix, Oracle, Red Hat, VMWare dan lain-lain. Dengan lebih dua dekad pengalaman berkhidmat kepada pemain IT utama seperti Mesiniaga, IBM, Oracle dan Global Knowledge, beliau menubuhkan Trainocate sebagai penyedia latihan IT terkemuka di Malaysia lantaran semangatnya tentang pembelajaran sepanjang hayat. Beliau juga percaya bahawa pensijilan kerjaya IT adalah faktor penentu untuk membantu kemajuan kerjaya rakyat Malaysia. ​

Encik Ahmad Farid bin Ahmad Rizal PERKESO
Panel 4: PEDi Sebagai Pusat Satelit MyFutureJobs

En. Ahmad Farid berkhidmat sebagai Recruitment Specialist (Pengurus Kes) di Pertubuhan Keselamatan Sosial yang menggalas tugas mengetuai Talent Acquisition dengan misi untuk merevolusikan pasaran buruh di Malaysia melalui MYFutureJobs. Berpengalaman dalam bidang sumber manusia khususnya untuk penrekutan Kebolehpasaran Graduan dan Sektor Pembuatan selama beberapa tahun. Menerima pendidikan dari Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Psikologi. ​

Sesi Perkongsian 3 : Pemerkasaan Sosial melalui Pendigitalan PEDi

ENCIK ABDULLAH SANI MOHAMED Ketua Bahagian Keperluan Digital Mendatang, MCMC
Moderator: Pemerkasaan Sosial melalui Pendigitalan PEDi

Encik Firdaus Ghani Paynet
Panel 1: Transaksi Tanpa Tunai Merancakkan Industri Kecil dan Sederhana

Encik Zainal Abidin Shariff ProtectHealth
Panel 2: Inisiatif Kesihatan Digital Merevolusikan Kesihatan / Pemangkin Keberkesanan Perkhidmatan Perubatan

Puan Norlaili binti Mohamad Maxis Berhad
Panel 3: E-Pembelajaran

Puan Riri Yanti Razali Syarikat Fefifo
Panel 4: Pertanian Pintar (Smart Agriculture)

GALERI

  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img
  • img