MCMC CAREER

Malaysian Communications and Multimedia Commission
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Search
Search

News

Majlis Perasmian KinderHub@MCMC oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Apabila kesejahteraan warga kerja menjadi keutamaan, ekosistem kerja yang progresif dapat direalisasikan. Hari ini, komitmen itu dizahirkan menerusi perasmian KinderHub@MCMC oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Satu langkah signifikan ke arah persekitaran kerja yang lebih inklusif dan mesra keluarga.

Dengan kapasiti sehingga 153 kanak-kanak pada satu masa, kemudahan TASKA dan Tadika ini dibangunkan sebagai ruang pembelajaran dan asuhan yang tersusun, selamat dan merangsang perkembangan awal supaya ibu bapa dapat melaksanakan tanggungjawab profesional dengan lebih tenang dan seimbang.

Inisiatif ini bukan sekadar kemudahan, tetapi pelaburan jangka panjang terhadap kesejahteraan warga kerja dan masa depan generasi seterusnya.

Turut hadir, Pengerusi MCMC, Tan Sri Salim bin Fateh Din.

MCMC terus melangkah ke hadapan sebagai majikan pilihan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#MCMC

Read about it here: https://www.linkedin.com/feed/update/urn:li:activity:7434588005606051840

 


Follow