Pemberian rebat pascabayar (postpaid) akan dilaksanakan pada bulan April/Mei/Jun 2025 bergantung kepada kitaran bil pelan pascabayar (postpaid) masing-masing dan hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja. Sebagai contoh, rebat bagi bulan April 2025 mungkin akan dinikmati oleh pelanggan pada bulan Mei 2025 atau pada bulan seterusnya untuk 1 kali sahaja (one-off).
Manakala pemberian rebat bagi pelan prabayar (prepaid) adalah minimum RM30 namun kaedah pemberian rebat adalah berbeza antara setiap syarikat telco dan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat telco yang terlibat. Pelanggan boleh berhubung dengan telco masing-masing untuk maklumat lanjut.
Related Content