Satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berdasarkan aduan yang diterima di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap satu kandungan video yang didakwa menghina agama Hindu. Hasil siasatan mendapati kandungan video tersebut telah dimuat naik di platform rasmi Tik Tok “era.je” yang dioperasikan oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd. Dalam perihal ini, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan agar syarikat tersebut dikenakan kompaun.
Related Content