Selepas insiden tersebut, pihak pengurusan tertinggi Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dipanggil oleh MCMC untuk memberikan penjelasan. Pihak Maestra Broadcast Sdn Bhd juga telah dinasihatkan untuk memastikan kawalan kandungan yang ketat, pematuhan kepada garis panduan kandungan, dan latihan berterusan kepada kakitangan untuk mengelakkan pelanggaran undang-undang. Setelah mengambil kira bahawa kandungan tersebut melibatkan isu kepentingan awam yang telah mewujudkan ketidaktenteraman antara kaum dan agama, kompaun sebanyak RM250,000 telah ditetapkan terhadap syarikat berkenaan. Untuk makluman, di bawah pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, hukuman denda maksimum adalah RM500,000 dan penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Related Content