Kempen Internet Selamat

Kempen Internet Selamat di SK Lubok, Batu Pahat

Pada 11 Jun 2025, MCMC Johor bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) melibatkan 38 murid Tahap 2 di Batu Pahat. Modul memberi tumpuan kepada kesedaran had umur penggunaan media sosial (13 tahun ke atas), risiko dalam talian, serta alternatif sihat bagi menggantikan penggunaan media sosial.

Turut hadir, Pegawai Jurulatih Pakar PPD Batu Pahat, Encik Ruhaifi Abu Bakar, dan Guru Besar, Puan Noraini Ayop. Program ini terus memperkukuh usaha melahirkan generasi celik digital yang bijak dan bertanggungjawab.

Sambutan positif peserta membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam memupuk penggunaan internet yang lebih selamat, sihat dan beretika.
 
 
Related Content
Share this article
Follow