Kempen Internet Selamat

Kempen Internet Selamat (KIS) di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan KKM (Pergigian), Georgetown

MCMC telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan KKM (Pergigian), Georgetown melibatkan seramai 128 pelatih yang telah menamatkan kursus Diploma Terapi Pergigian.

Modul yang digunakan ialah Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) bagi Belia Rendah (18–30 tahun) yang disampaikan oleh empat fasilitator melalui aktiviti interaktif seperti sketsa permainan "Save Our Scroll", yang merangkumi pelbagai topik seperti penipuan dalam talian, Macau Scam, love scam, phishing, berita palsu dan terlebih kongsi.

Program ini mendapat sambutan yang baik dan memberi impak positif dalam membentuk sikap berhemah dan bertanggungjawab dalam penggunaan Internet dalam kalangan belia.
 
 
Related Content
Share this article
Follow