MCMC Cawangan Kuching dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Lundu, Sarawak telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Bumiputera, Lundu pada 20 Jun 2025. Program ini melibatkan 188 peserta termasuk murid Tahap 1 dan pengawas Tahap 2 yang bertindak sebagai ketua kumpulan.
Murid didedahkan kepada asas keselamatan siber seperti had umur media sosial, kesan penggunaan Internet tanpa kawalan dan tanggungjawab sebagai pengguna digital. Pendekatan santai dan interaktif bantu pelajar faham isu keselamatan digital dengan lebih mudah.
Program ini turut menerima sokongan penuh daripada pihak sekolah. MCMC akan terus memperkasa murid dengan pengetahuan Internet agar mereka lebih bijak, selamat dan berwaspada di alam siber.
Related Content