Pada 12 Jun 2025, MCMC Johor bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) meneruskan Kempen Internet Selamat (KIS) ke kawasan luar bandar di Kulai. Seramai 50 murid Tahun 4 hingga 6 menyertai modul yang menekankan had umur media sosial, ancaman digital kepada kanak-kanak, serta aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat selain penggunaan internet.
Kempen ini turut menyaksikan pelantikan Ikon K-DAT (murid & guru) oleh wakil MCMC Johor, Encik Khairol Nizam Mohd Mostar. Melalui pelaksanaan modul yang teratur dan lebih fokus, kempen ini dilihat berjaya menerapkan nilai-nilai murni seperti empati dan rasa hormat dalam kalangan pelajar, khususnya mereka yang berumur di bawah 13 tahun.
Sambutan positif peserta membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam memupuk penggunaan internet yang lebih selamat, sihat dan beretika.
Related Content