Kempen Internet Selamat

Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Tanjung Minyak 2, Melaka

MCMC Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Tanjung Minyak 2, Melaka.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang penggunaan internet, memberi kesedaran mengenai had umur penggunaan media sosial serta risiko dalam talian bagi kanak-kanak bawah 13 tahun, dan menggalakkan aktiviti alternatif yang lebih sesuai untuk mereka.

Seramai 150 pelajar tahap dua telah menyertai program ini bersama-sama dengan 10 fasilitator yang terdiri daripada tiga orang pegawai MCMC dan tujuh orang petugas NADI. Turut hadir dalam program ini ialah Guru Besar SK Tanjung Minyak 2, Puan Nafisah binti Amat Mustakim, dan Pengarah MCMC Negeri Melaka, Tuan Syed Isa Alsagoff.
 
 
Related Content
Share this article
Follow