Kempen Internet Selamat

Kempen Internet Selamat (KIS) di SRK Sung Siew, Sandakan

MCMC telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SRK Sung Siew, yang turut dihadiri oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, dan YB Puan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen P.186 Sandakan.

Modul yang digunakan ialah Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) – Modul Murid Sekolah Rendah (10–12 tahun). Seramai 120 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6 telah terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid mengenai had umur minimum bagi penggunaan platform media sosial, memberikan pendedahan tentang risiko penggunaan internet, tanggungjawab sebagai pengguna, serta kesan jangka panjang terhadap keselamatan digital.
 
 
Related Content
Share this article
Follow