Kempen Internet Selamat

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Piazza, Pavilion Bukit Jalil

MCMC melalui Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) dengan kerjasama Pejabat Wilayah Tengah (CRO) telah menganjurkan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat selama dua hari di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber, etika digital serta penggunaan Internet secara berhemah.

Antara pengisian utama karnival termasuk Zon Ceramah, Zon Pertandingan, Zon Pameran, Zon Simulasi, Zon Kanak-Kanak serta pendaftaran Ikon Wira Internet Selamat. Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Turut hadir ialah Encik Mohamad Rizal Ahmad, Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Tengah MCMC, Encik Faisal Hamdi Mohamed Ghouth, Pengarah Pejabat Wilayah Persekutuan MCMC, serta Datuk Gerald Hans Isaac, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Penganjuran karnival ini menjadi platform penting bagi MCMC menyampaikan mesej kesedaran tentang keselamatan Internet dan membudayakan penggunaan digital yang lebih bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
 
 
Related Content
Share this article
Follow