MCMC Wilayah Persekutuan melalui Pejabat Labuan telah menjayakan Kempen Internet Selamat bersama lebih 460 orang pelajar termasuk guru-guru. Program ini bertujuan melahirkan generasi celik digital yang peka terhadap keselamatan siber dan kesedaran terhadap penggunaan Internet yang baik.
Para pelajar telah didedahkan kepada pelbagai isu penting seperti buli siber dan had umur media sosial. Melalui ceramah interaktif, para pelajar juga diberikan pendedahan dan ruang untuk memberikan pandangan serta persoalan.
Inisiatif ini merupakan tanda aras komitmen MCMC untuk menjadikan para pelajar generasi yang celik dan bijak menilai semasa melayari Internet. Selain daripda itu, para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran digital melalui kawalan kendiri pelajar itu sendiri pada masa akan datang.
Related Content