Kempen Internet Selamat (KIS) Wilayah Utara telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi.Program anjuran Kementerian Komunikasi dan MCMC ini bertujuan memperkukuh keselamatan dalam talian dan membina komuniti digital berdaya tahan.
Seramai 1,800 peserta termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan wakil komuniti menyertai program ini.
Pengisian kempen merangkumi taklimat dan aktiviti interaktif untuk kanak-kanak, perkongsian bersama guru dan ibu bapa, serta pertandingan Choral Speaking dan Menu Viral berkonsepkan prinsip 3S, Semak Sebelum Sebar.
Related Content