Kempen Internet Selamat

Program Advokasi dan Jangkauan untuk Kampung Orang Asli (KOA) Baner Tengkoh

Program Advokasi dan Jangkauan Kampung Orang Asli Baner Tengkoh, Jelebu anjuran bersama di antara MCMC Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan NADI telah dirasmikan oleh ADUN Sungai Lui, Yang Berhormat Dato' Mohd Razi bin Mohd Ali pada 21 Jun 2025.

Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat khususnya kepada masyarakat orang asli di Negeri Sembilan dengan mempertingkatkan kesedaran mengenai had penggunaan media sosial kepada kanak-kanak dan juga para ibu bapa.

Seramai 250 peserta telah hadir dan mendapat informasi berkaitan Kempen Internet Selamat, tatacara aduan, tatakelola kualiti liputan, maklumat berkaitan postal dan skim PERKESO.
 
 
Related Content
Share this article
Follow