Kempen Internet Selamat

Program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Pelindung, Kuantan

Sekolah Kebangsaan Pelindung, Kuantan dimeriahkan dengan kehadiran MCMC Pejabat Negeri Pahang dan NADI Kluster Kuantan yang turun padang bagi menjayakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama 100 orang murid Tahap 2. Program ini membuka ruang kepada murid untuk mengenali dunia digital dengan lebih bijak dan selamat.

Melalui Modul RSP Sekolah Rendah, murid diperkenalkan kepada asas literasi digital termasuk fungsi aplikasi internet, had umur minimum penggunaan media sosial, serta ancaman seperti buli siber dan perkongsian maklumat berlebihan. Murid turut didedahkan kepada pelbagai aktiviti bermanfaat untuk mengisi masa lapang tanpa terlalu bergantung pada gajet.

Sambutan daripada murid memang luar biasa. Masing-masing aktif, bertanya, dan teruja nak belajar! Pihak sekolah turut menyambut baik inisiatif ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan lagi.
 
 
Related Content
Share this article
Follow