Program Scam Awareness For Everyone (SAFE): Jangan Kena Scam! anjuran MCMC dengan kerjasama strategik MPPWP Lembah Pantai – Sub Zon 2 telah berlangsung pada 14 Jun 2025 dan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penipuan dalam talian melalui ceramah, forum dan perkongsian kes sebenar, termasuk pendedahan taktik scammer, bentuk penipuan terkini serta saluran aduan.
Seramai 200 peserta hadir dan mendapat input berguna daripada MCMC, PDRM, CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Inisiatif ini menyokong Kempen Internet Selamat ke arah masyarakat celik digital dan berwaspada terhadap jenayah siber.
Related Content