Bazar Raya NADI Sungai Tua berlangsung meriah dengan pelbagai jualan menarik yang menghimpunkan komuniti setempat. Program ini menampilkan jualan usahawan NADI, Jualan RAHMAH, jualan AgroMADANI, saringan kesihatan serta pendaftaran keahlian baharu NADI.
Pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai pengisian program seperti Kelas Perkhidmatan Pintar NADI, pertandingan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB), serta pameran dan jualan daripada usahawan tempatan yang menyokong pembangunan ekonomi komuniti.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, yang meluangkan masa berinteraksi bersama komuniti melalui sesi walkabout, selain menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan serta cenderahati kepada rakan kolaborasi program.
Related Content