Cashless @NADI - Pekan Batu Sapi & PPR Taman Mesra

Pada 30 Jun 2025, program Cashless@NADI telah bermula secara rasmi di Sandakan, menandakan peluncuran pelaksanaan Fasa 3 Inisiatif Cashless Society di Sabah. Siri jelajah bermula di NADI Pekan Batu Sapi, diikuti NADI PPR Taman Mesra (1 Julai) dan NADI PPR Taman Murni (2 Julai), sebelum diteruskan ke 8 lagi pusat NADI terpilih di seluruh Sabah.

Inisiatif ini memberi pendedahan dan sokongan langsung kepada komuniti serta usahawan kecil tentang kelebihan transaksi tanpa tunai, dengan kerjasama rakan strategik seperti Bank Islam, Setel, Maybank, BSN, KPDN, TM Unifi dan KWSP. Program ini turut menyediakan kaunter khidmat nasihat keselamatan kewangan untuk peserta.

Buat pertama kalinya, Fasa 3 memperkenalkan Cashless Society Train-the-Trainers (CS 3T), satu inisiatif bagi melahirkan jurulatih komuniti tempatan yang mampu memperluas lagi penggunaan sistem tanpa tunai. Bersama usaha kolaboratif, Sabah kini selangkah lebih dekat ke arah masyarakat digital yang inklusif dan progresif.
 
 
Related Content
Share this article
Follow