Majlis Pertukaran MoU Pembangunan Bandar Pintar Negeri Selangor antara MCMC dengan Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Bandar Pintar Negeri Selangor antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Sesi pertukaran dokumen MoU telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan YBhg. Tan Sri Dato’ Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi MCMC, serta disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dan YB Dato’ Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.

Kerjasama strategik ini merangkumi peluasan Wi-Fi awam berkelajuan tinggi, rangkaian gentian optik, pelaksanaan 5G serta penggunaan teknologi pintar bagi memperkukuh keselamatan awam, pengurusan trafik dan banjir, yang dipantau melalui Selangor Integrated & Intelligent Operations Centre (SIIOC). Dengan peruntukan dipertingkat kepada RM450 juta, inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama memanfaatkan teknologi digital demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan negeri, selari dengan aspirasi Malaysia Digital 2030 dan Malaysia MADANI.
 
 
Related Content
Share this article
Follow