Seiring peningkatan cabaran tadbir urus teknologi termasuk AI, keselamatan digital dan kesan sosial teknologi, MCMC bersama Institute of Strategic & International Studies Malaysia (ISIS) melancarkan Centre for Responsible Technology (CERT) sebagai platform penyelidikan berasaskan bukti untuk menyokong penggubalan dasar dan kawal selia yang lebih berkesan.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta dihadiri Pengerusi MCMC, Mohamad Salim bin Fateh Din dan Pengerusi ISIS Malaysia, Mohd Faiz Abdullah.
Inisiatif strategik ini mencerminkan komitmen MCMC dalam memastikan kemajuan teknologi negara kekal selamat, bertanggungjawab dan berteraskan kepentingan awam.
Related Content