MCMC Wilayah Persekutuan terus komited memperkasa agenda keselamatan Internet melalui kolaborasi bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan sempena Konvensyen Dasar Pendidikan Digital 2025, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penyertaan MCMC melalui reruai Kempen Internet Selamat (KIS) bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna tentang kepentingan etika dalam talian, kesedaran terhadap keselamatan digital, penolakan maklumat palsu, serta memupuk budaya penggunaan Internet yang positif dan bertanggungjawab.
Reruai MCMC turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Azam Ahmad, yang meluangkan masa berinteraksi dan mendekati pengunjung di reruai MCMC.
Related Content