Penganugerahan Pingat Peringatan dan Sijil Wangsa Pengakap Wilayah

MCMC melalui Pejabat Wilayah Persekutuan telah menerima pengiktirafan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena Ulang Tahun ke-40 Penubuhan Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1983–2023). Pengiktirafan ini melibatkan penganugerahan Pingat Peringatan Majlis Pengakap Wilayah (Perak) serta Sijil Wangsa Pengakap Wilayah kepada pegawai-pegawai yang dikenal pasti atas penglibatan dan sumbangan mereka dalam menyokong pergerakan Pengakap di Wilayah Persekutuan.

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBhg. Dr. Mohd. Mukhyiddin Sarwani. Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap jasa bakti dan khidmat terpuji pegawai-pegawai MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan yang telah dicurahkan kepada pembangunan dan kelangsungan pergerakan Pengakap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

MCMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penerima atas sumbangan serta komitmen berterusan yang ditunjukkan dalam menjayakan pelbagai aktiviti, sekali gus menyokong pembangunan pergerakan Pengakap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
 
Related Content
Share this article
Follow