Cashless Society Initiative Fasa 3 2025 di Kota Kinabalu, Sabah

Satu sesi taklimat dan perbincangan mengenai inisiatif Cashless Society Fasa 3 telah berlangsung di Kota Kinabalu pada 19 dan 20 Mei 2025 yang lalu.

Dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan sembilan (9) rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia, Maybank, TM Unifi dan TNG Digital, sesi anjuran MCMC itu bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan program dan peranan pihak berkepentingan serta menyokong agenda pendigitalan negeri Sabah.

Selain itu, seramai 11 pengurus NADI turut diberi taklimat untuk pelaksanaan kempen kesedaran dan promosi tanpa tunai yang akan bermula 30 Jun 2025.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow