Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor mencemar duli berangkat mengunjungi reruai Kempen Internet Selamat

Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Tuan Haji Bukhari, telah menyembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia  (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin binti Abdul Rahman berhubung inisiatif MCMC mengenai pelaksanaan Kempen Internet Selamat.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah menzahirkan keprihatinan serta minat terhadap inisiatif yang dilaksanakan dan seterusnya berkenan bertitah serta bertukar pandangan bersama Tuan Haji Bukhari berhubung usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Kesudian Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor mencemar duli berangkat mengunjungi reruai Kempen Internet Selamat ini turut mencerminkan hubungan yang erat serta kasih sayang yang sentiasa terjalin antara institusi diraja dan rakyat Negeri Selangor.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow