Sebanyak 50 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini dilantik sebagai Duta NADI dalam usaha memperkasa komuniti luar bandar Sabah dengan akses digital dan kesedaran keselamatan Internet.
Inisiatif MCMC dengan kerjasama UMS dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ini menyasarkan penyampaian mesej advokasi seperti Kempen Internet Selamat (KIS) secara mesra komuniti, terus kepada penduduk kampung melalui aktiviti akar umbi.
Dari bilik kuliah ke pelusuk desa, para sukarelawan ini akan memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital dan memaksimumkan manfaat Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada semua lapisan masyarakat.
Kandungan Berkaitan