Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2025, Girls in ICT (GICT) serta Ulang tahun ke-160 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam membina masa depan digital yang lebih inklusif dan saksama. Hari ini, sambutan World Telecommunication and Information Society Day (WTISD) 2025, Girls in ICT (GICT) dan ulang tahun ke-160 ITU telah dirasmikan oleh YB Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil di Cyberjaya.

Dengan tema “Kesaksamaan Gender dalam Transformasi Digital”, program ini memberi fokus kepada peranan teknologi dalam memacu keterangkuman digital dan pemerkasaan wanita, terutamanya dalam bidang ICT dan STEM.

Antara pengisian menarik termasuk sesi diskusi bersama pakar industri, pocket talk bertemakan wanita dalam ICT, serta pelancaran setem khas sempena ulang tahun ITU ke-160.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow