Karnival Pendidikan Putrajaya 2025 turut dimeriahkan dengan Kempen Internet Selamat (KIS) yang berlangsung di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin bersama 26 sekolah rendah dan menengah sekitar Putrajaya.
MCMC Wilayah Persekutuan bersama NADI Putrajaya berkongsi ilmu tentang keselamatan dalam talian. Kehadiran rakan strategik seperti PTPTN, Petronas, Tadika Little Caliphs dan Todak Academy turut menghidupkan lagi suasana.
Reruai KIS menawarkan kuiz interaktif, pendaftaran keahlian NADI dan myDigital ID secara percuma. Poster KIS juga diedarkan bagi memperluas mesej penggunaan Internet yang bijak, selamat dan beretika. Inisiatif ini diharap mampu melahirkan generasi celik teknologi yang bertanggungjawab dan berhemah.
Kandungan Berkaitan