Pejabat MCMC Sabah telah menerima kunjungan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (KSTI) Sabah, YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd. Arif, semalam.
Dalam kunjungan ini, MCMC turut membincangkan tentang inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), operasi Starlink, serta peluang kerjasama di antara KSTI dan MCMC untuk rakyat di negeri Sabah.
MCMC sentiasa komited dalam meningkatkan kualiti jalur lebar di negara ini demi kemudahan dan keselesaan para penduduk walau di mana jua mereka berada.
#MCMC
#JENDELA
#NADI
Kandungan Berkaitan