Latihan Kejurulatihan Modul Internet Selamat dengan Kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM)

MCMC dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Latihan Kejurulatihan Modul Internet Selamat pada 9 dan 10 Jun lalu.

Seramai 42 penuntut UUM dan 8 pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Kubang Pasu telah menghadiri program latihan kejurulatihan berkenaan.

Pada majlis yang sama, pelantikan Ikon K-Dat turut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil sempena Forum Mini Malaysian Press Institute (MPI), sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan Internet dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow