Pada 21 April 2025, Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sri Skudai bagi melihat sendiri pelaksanaan inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI di peringkat akar umbi.
Dalam sesi lawatan tersebut, YB Menteri telah diberi taklimat oleh Pengurus NADI Taman Sri Skudai mengenai operasi harian, penglibatan komuniti setempat, serta pelbagai program pembangunan kapasiti digital yang dijalankan bersama penduduk. Taklimat berkenaan status keseluruhan operasi NADI di Negeri Johor turut disampaikan oleh Dr. Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC.
Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang digital dan memperkasa komuniti melalui akses kepada perkhidmatan pintar yang inklusif dan berimpak.
Kandungan Berkaitan