Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil turun padang melawat NADI Pulau Banggi untuk memantau kemajuan keterhubungan dan peranan NADI ini sebagai penggerak pendigitalan luar bandar.
Dengan Internet berkelajuan minimum melebihi 100Mbps dan kemudahan latihan digital, NADI menjadi pusat sehenti untuk pembelajaran, akses maklumat, serta peluang ekonomi bagi komuniti luar bandar.
NADI Pulau Banggi, sebahagian daripada Projek Inklusif Digital NADI Malaysia juga telah dinobatkan sebagai juara WSIS Prizes 2025 kategori Capacity Building oleh ITU dan agensi PBB – bukti Malaysia komited memastikan tiada komuniti tercicir daripada kemajuan teknologi.
Kandungan Berkaitan