Seramai 2,196 Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menerima insentif khas sekali bayar (one-off) sempena Aidilfitri 2026 yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, hari ini.
Di sebalik setiap cawangan NADI, berdirinya petugas yang setia berkhidmat membantu komuniti memahami dunia digital, mendapatkan maklumat sahih, dan terus terhubung dengan peluang baharu tanpa mengenal waktu.
Insentif ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka yang menjadi penghubung penting antara inisiatif kerajaan dan masyarakat setempat.
Pengumuman ini dibuat sempena Majlis Kick-Off Bazar Raya NADI 2026. Bazar Raya NADI dijadualkan berlangsung secara serentak di seluruh negara bermula 14 Mac 2026, sekali gus membuka peluang kepada lebih 10,000 usahawan tempatan menjana ekonomi komuniti menjelang Aidilfitri.
Kandungan Berkaitan