Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Pekan Baru oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul sempena Program Hari Bersama Komuniti (HBK) menyerlahkan komitmen MCMC dalam memperluas capaian digital kepada komuniti setempat.
NADI Taman Pekan Baru merupakan salah satu daripada empat pusat baharu di Kedah di bawah inisiatif "1 DUN 1 NADI", yang menawarkan pelbagai program seperti literasi ICT, keusahawanan digital dan kesejahteraan kendiri.
Lebih membanggakan, inisiatif NADI turut meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi kemenangan WSIS Prizes 2025 (Kategori Capacity Building), bukti keberkesanan pendekatan MCMC dalam membangunkan komuniti digital MADANI.
Kandungan Berkaitan