MCMC bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjayakan satu program Kempen Internet Selamat di Klang, Selangor dengan penyertaan 150 pelajar dari 9 sekolah.
Melalui ceramah pegawai PDRM, pameran interaktif, pelantikan Ikon Kapten K-Dat dan aktiviti kesedaran, program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan keselamatan serta etika di dunia digital.
Usaha ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih bijak dan bertanggungjawab dalam komuniti dalam talian, sekali gus membina persekitaran digital yang lebih selamat dan harmoni untuk semua.
Kandungan Berkaitan