MCMC telah memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti, liputan dan kapasiti rangkaian komunikasi berada pada tahap terbaik semasa penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober 2025.
Seramai 12 pegawai daripada MCMC Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor telah hadir untuk menjalankan pemantauan dan ujian kualiti rangkaian komunikasi.
Sebanyak lima (5) set NEMO dan aplikasi MCMC NEXUS digunakan bagi mengukur prestasi, liputan dan kestabilan rangkaian 4G, 5G serta WiFi di kawasan persidangan dengan kekerapan ujian empat (4) kali sehari.
Selain itu, 37 unit ‘5G In a Box’ dipasang di zon strategik untuk memberikan pengalaman 5G terbaik kepada para delegasi ASEAN, manakala 17 titik capaian (AP) berkelajuan sehingga 2 Gbps disediakan di Pusat Media Antarabangsa bagi kemudahan hampir 3,000 pengamal media, termasuk BERNAMA dan RTM.
Kandungan Berkaitan