Penyertaan MCMC Wilayah Persekutuan dalam Borneo Flora Festival @ Labuan 2025 membuktikan komitmen memperkasa komuniti melalui pendedahan teknologi digital secara inklusif. Bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, festival ini menarik lebih 50,000 pengunjung.
Di reruai MCMC, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk Kempen Internet Selamat (KIS), Cashless Society, Future Health for All serta pendaftaran MyDigital ID dan NADI.
Kemuncak program menyaksikan pelancaran inisiatif Cashless Society dan Kempen Internet Selamat peringkat Wilayah Persekutuan Labuan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Langkah ini selari dengan aspirasi Smart Labuan dan usaha memperluas amalan digital yang selamat, mudah dan inklusif.
Kandungan Berkaitan