Peluncuran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) Peringkat Sabah

Peluncuran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat Sabah telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil sempena program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Kg. Sungai Imam, Tawau. PRIME yang dibangunkan MCMC dilengkapi teknologi satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan sokongan dron untuk memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi semasa bencana.

Sehingga kini, dua unit PRIME telah ditempatkan di Semenanjung dan Sabah, manakala unit ketiga untuk Sarawak dijangka siap Oktober ini. HBK kali ini turut meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serentak di 1,099 NADI seluruh negara, dengan pengisian seperti aktiviti Perkhidmatan Pintar, Jualan Rahmah KPDN serta pameran usahawan NADI.

Majlis ini juga menyaksikan penyampaian sumbangan Didik Kasih Peranti MADANI (PERMAI) kepada pelajar cemerlang serta pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI bagi Parlimen Kalabakan, Tawau dan Lahad Datu. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Dato’ Seri Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow