Penambahbaikan Perkhidmatan Pos di Gunung Kinabalu

Kementerian Komunikasi menerusi MCMC dengan kerjasama Pos Malaysia terus menambah baik perkhidmatan pos di Gunung Kinabalu, Sabah demi manfaat pelancong serta meningkatkan pengalaman komunikasi dari puncak tertinggi negara. Usaha ini termasuk memperkenalkan poskad edisi terhad dan cop pembatalan khas yang menjadi simbol kenangan istimewa buat para pendaki.

Sesi lawatan kerja selama tiga hari oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, turut melibatkan pengujian aplikasi MCMC Nexus untuk menilai mutu perkhidmatan telekomunikasi, selain sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan seperti CelcomDigi, U Mobile, TM dan Maxis dalam usaha memperkukuh liputan di kawasan beraltitud tinggi.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan dalam memperkasa infrastruktur komunikasi di lokasi pelancongan strategik serta mempersiapkan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow