Dua pusat NADI baharu dirasmikan di Pending dan Padungan, Sarawak, menyediakan kemudahan Internet bagi memperkasakan komuniti dari segi sosioekonomi dan pengetahuan digital.
Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, selari dengan usaha kerajaan memperluas akses teknologi dan maklumat kepada rakyat.
Melalui inisiatif NADI x Keusahawanan, lebih 3,000 wanita telah menerima latihan asas perniagaan. Sasaran kini adalah melibatkan 7,000 peserta seluruh negara, dengan fokus khas kepada pemerkasaan wanita dan pembangunan ekonomi komuniti.
Kandungan Berkaitan