Perlis Connect Tingkatkan Literasi Digital kepada Usahawan Tempatan di Padang Besar

Perlis Connect berjaya tingkatkan literasi digital dan buka peluang baharu kepada usahawan tempatan di Padang Besar. Program ini bukan sekadar pameran teknologi, tetapi ruang untuk masyarakat memahami keselamatan siber, mencuba aplikasi digital terkini, dan menyokong produk tempatan.

Program flagship ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dengan kehadiran hampir 2,000 pengunjung yang merasai sendiri pengalaman dunia digital lebih dekat dengan rakyat.

Antara pengisian menarik termasuk Kempen Internet Selamat (KIS), demonstrasi aplikasi MCMC NEXUS, pameran & jualan produk usahawan NADI, serta kaunter aduan MCMC yang memudahkan rakyat mendapatkan khidmat nasihat komunikasi.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow