Program Advokasi dan Jangkauan Digital di Kampung Orang Asli (KOA) Langkap, Negeri Sembilan

MCMC Negeri Sembilan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka telah menganjurkan satu Program Advokasi dan Jangkauan Digital di Kampung Orang Asli (KOA) Negeri Sembilan yang terletak di Langkap. 

Program ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti Orang Asli dengan pengetahuan dan kemahiran dalam era digital.

Seramai 220 orang penduduk KOA telah menyertai program ini, di mana mereka diberi pendedahan mengenai pelbagai topik penting. Antaranya termasuklah Tatakelola Membuat Aduan MCMC, yang memberi panduan kepada peserta mengenai cara yang betul untuk membuat aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Selain itu, peserta juga mendapat Taklimat Klik Dengan Bijak: Etika Keusahawanan Dalam Talian, yang bertujuan untuk mendidik mereka tentang etika dan tanggungjawab ketika menjalankan aktiviti keusahawanan di platform digital.

#MCMC
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow