Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Sim Sim, Sandakan

Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Sim Sim, Sandakan hari ini menghimpunkan komuniti dalam satu platform inklusif bersama agensi kerajaan. Inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini dirasmikan oleh YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk Kempen Internet Selamat untuk pelajar bawah 13 tahun, Jualan Agro MADANI, pameran Perkhidmatan Pintar NADI, bengkel microbit, pertandingan e-Sukan, promosi produk usahawan serta saringan kesihatan percuma.

MCMC komited meneruskan usaha memperkasa komuniti setempat melalui inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, demi merapatkan jurang digital dan social, meningkatkan kesejahteraan kendiri dan memperkukuh keusahawanan NADIPreneur untuk meningkatkan pendapatan mereka.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow