Program Latihan APT Evolusi 5G 2024 (Asia Pacific Telecommunity) anjuran MCMC telah berlangsung di Westin Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini menandakan suatu detik penting dalam perjalanan ASEAN ke arah masa depan digital.
Selain Malaysia, program ini menghimpunkan pakar-pakar kawal selia dan industri dari seluruh rantau Asia-Pasifik, termasuk Brunei, Fiji, Hong Kong, Iran, Maldives, Micronesia, Nepal dan Vanuatu untuk membincangkan aspek-aspek kritikal dalam pembangunan teknologi 5G.
Objektif program ini lebih memberi penekanan kepada semangat kerjasama dan komitmen terhadap inovasi dalam komuniti Telekomunikasi Asia-Pasifik.
Para peserta turut diberikan sijil tamat pengajian yang telah di sampaikan oleh Dr. Murugappan Subramaniam, selaku Ketua Pegawai Sumber Manusia MCMC.
Nantikan pengumuman kami yang akan datang mengenai program latihan APT.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
[email protected]
Kandungan Berkaitan