Kecerdasan Buatan (AI) adalah realiti masa kini. Semangat yang dibawa dalam Program MCMC Microsoft AI TEACH: Siswa Sulung, telah dilangsungkan di Universiti Sains Malaysia yang melibatkan 70 pelajar beraspirasi tinggi.
Program ini bertujuan untuk membimbing dan meningkatkan kemahiran digital siswa sulung, dalam persediaan untuk menerajui dunia yang didorong oleh teknologi kecerdasan buatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Habibah A. Wahab, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Universiti Sains Malaysia.
Syabas kepada semua pelajar yang terlibat dalam menjadikan AI sebagai pemangkin utama kepada masa depan kerjaya dan pembangunan negara!
Kandungan Berkaitan