PROGRAM MEMPERKASA WARGA EMAS: KESELAMATAN DAN KESEDARAN INTERNET PERINGKAT NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2024

Tahap kesedaran keselamatan siber di kalangan masyarakat masih rendah sehingga ramai menjadi mangsa jenayah Siber. Warga Emas antara yang terkesan dan menjadi mangsa scammer .

MCMC Negeri Sembilan mengambil pendekatan proaktif dengan mengadakan kolaberasi strategik bagi menjayakan program bersama pihak pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bernama dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) menerusi Program Memperkasa Warga Emas: Keselamatan dan Kesedaran pada 14 November 2024 (Khamis) bertempat di PAWE Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelbagai taklimat dan aktiviti dijalankan menerusi perkongsian inisiatif dan fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Taklimat Keselamatan Siber: Jenayah Scam, Tatacara Membuat Aduan, Tatakelola Kualiti Liputan dan inisiatif Check Your Label. Pembukaan reruai dan permainan Interaktif Kahoot juga dilaksanakan oleh para Sukarelawan Malaysia ICT Volunteer bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang keselamatan penggunaan perkhidmatan komunikasi dan Internet.

Program ini melibatkan 120 peserta dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan menerusi aktiviti yang dijalankan.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow