Transformasi Kesihatan Digital Bermula di Sabah!
MCMC bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melancarkan kolaborasi strategik bagi memperkasa sistem kesihatan negara melalui teknologi digital. Projek rintis ini dimulakan di Sabah, termasuk penghantaran ubat menggunakan dron dari Klinik Kesihatan Tawau ke dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) – satu langkah inovatif untuk menjamin akses rawatan kepada komuniti luar bandar dan pedalaman.
Antara inisiatif utama termasuk penubuhan kiosk telekesihatan di NADI, pemerkasaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR), dan penubuhan Hab Inovasi Hospital Pintar. Melalui integrasi digital ini kelak, penduduk di 1,099 NADI seluruh negara berpeluang mendapatkan konsultasi maya, bekalan ubat secara efisien, dan sokongan pemantauan kesihatan yang lebih holistik.
Inilah wajah masa depan penjagaan kesihatan – inklusif, lestari dan dipacu teknologi.
Kandungan Berkaitan