Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sambutan penuh warna-warni Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya tahun ini menyaksikan buat julung kalinya kontinjen MCMC melangkah gagah dalam perarakan, sekali gus mencatat detik bersejarah buat warga MCMC di pentas kebangsaan.

MCMC turut menampilkan kereta berhias yang memperagakan inisiatif utama seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), kenderaan PRIME, NEXUS, JENDELA serta Kapten K-Dat menerusi Kempen Internet Selamat.

Seramai 54 pegawai menggalas peranan dalam kontinjen MCMC, membawa semangat perpaduan dan aspirasi digital untuk Malaysia MADANI.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow